Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Sunday 20 November 2011

Perkakasan Komputer ( Computer Hardware )


Papan Induk (Motherboard)

Motherboard merupakan papan litar utama untuk semua perkakasan bertemu, disini perkakasan seperti memori RAM, kad paparan, kad modem, cakera keras, pemacu cakera liut, pemacu CDROM, papan kekunci, tetikus, monitor dan sebagainya. Pemilihan motherboard perlu sesuai dengan CPU yang digunakan. Ini kerana kelajuan External BUS CPU mesti sama dengan kelajuan External Buyang disokong oleh motherboard. Pengeluar motherboard utama adalah gigabyte., Abit, AOpen dan asustek.

Dari segi prestasi setiap motherboard agak sukar ditentukan yang mana lebih baik. Yang penting kita kena pastikan setiap motherboar menyokong UDMA 133 untuk cakera keras dan menyokong memori dari jenis DDE berkelajuan 400MHz atau sekurang-kurangnya berkelajuan 333 Mhz. pangkalan (port) seperti serial, parallel, USB, PCI, AGP dan sebagainya merupakan standard yang memang sedia ada pada setiap motherboard. Perbezaan yang ketara adalah harga motherboard setiap pengeluar. Selalunya motherboard yang mempunyai chipset jenama Intel agak mahal berbanding dengan motherboard Via, Ali dan sebaginya. Chipset merupakan micro processor yang mengawal hala tuju data, CPU hanya tahi memproses data mengikut arahan tetapi dari CPU hendak ke memori, kad paparan, komunikasi siri, komunikasi selari dan sebaginya memerlukan chipset untuk menentukan hala tuju. Lebih kurang macam polis trafik mengwal lalulintas jalan.

Power Supply

Ibarat sebuah kerata yang  tidak boleh berjalan jika tidak memiliki bahan bakar, maka sebuah komputer pun tidak akan boleh berfungsi  jika tidak memiliki power supply atau PSU (Power Supply Unit) ini. Power supply adalah sebuah komponen komputer yang berfungsi untuk mensuplai arus elektrik ke komponen-komponen komputer lainnya seperti motherboard, hard disk, optical disk drive, dan lain sebagainya.

Pemacu CD/ DVD ( CD-ROM, DVD-ROM)

Pemacu CDROM dari storan skunder berasaskan storan optic. Di pasaran
sekarang, terdapat 4 jenis pemacu CDROM yang popular;
i. Pemacu CDROM yang hanya boleh membaca cakera CD-ROM
ii. Pemacu CDROM CD-RW – CDROM jenis ini boleh membaca dan merakam. Sekiranya menggunakan cakera jenis CD-R iaitu cakera yang hanya boleh ditulis sekali sahaja maka pemacu CDROM CDRW hanya boleh menyimpan data tetapi tidak boleh mengubah data tersebut. Ia sesuai untuk menyimoan data yang kekal seperti multimedia dan arkib. Sekiranya menggunakan cakera dari jenis CDRW, maka data tersebut boleh disimpan serta boleh di buat perubahan seperti cakera keras pada kelajuan perlahan.
iii. Pemacu DVD (Digital Video Disk) kini amat popular kerana keupayaannya membaca cakera DVD berkapasiti 17GB berbanding dengan cakera CD-ROM hanya sekitar 704MB. Pemacu DVD boleh membacca cakera jenis CD-ROM biasa dan CD-RW dan DVD.
iv. DVD-RAM
Diantara keempat jenis pemacu CDROM tadi, pemacu CDROM CDRW merupakan satu pembelian yang bijak kerana data dan aplikasi boleh disimpan sekiranya kita menggunakan cakera CD-R atau CD-RW.


Pemacu Disket (Floppy Disk)

Pemacu cakera liut adalah peranti yang menerima cakera magnet, iaitu cakera liut, dan mambca atau menulis corak magnet yang sepadan dengan data yang hendak didapatkan kembali atai disimpan. Pemacu cakera liut tidak dipengaruhi prestasi terhadap komputer. Harga sekitar RM25 sehingga RM35. Kapasiti formatting 1.44MB

Kad Paparan (Graphic Card)
Kad paparan dipasang pada komputer dislot yang ada pada papan induk (motherboard) atau terbina dalam. Merupakan peranti yang akan disambung kepada peranti output seperti monitor dan adalah diantara komponen yang penting menentukan prestasi sesuatu komputer. Tanpanya proses boot-up akan berhenti dan speaker akan berbunyi menunjukkan kad paparan tidak dijumpai. Terdapat empat jenis kad paparan dipasaran:
i. ISA – beroperasi dalam 16 bit. Hanya sesuai untuk sistem 80286 sehingga 80486
ii. PCI – beroperasi dalam 32 dan 64 bit. Kad paparan jenis PCI 64 bit sering terdapat
pada pelayan. Kebanyakkan sistem komputer peribadi hanya menyokong PCI 32 bit
iii AGP – beroperasi dalam 32 bit tetapi mempunyai sistem bus 66MHz berbanding
dengan PCI yang mempunyai sistem bus 33MHz.
iv. Bina dalam (Built-in) – kebanyakkan motherboard sekarang mempunyai kad
paparan bina dalam. Motherboard jenis ini murah sebab tidak perlu menyediakan slot AGP. Dari segi prestasi, kad paparan bina dalam tidak dapat menandingi kepantasan kad jenis AGP. Terdapat dua jenis kad paparan bina dalam.


Kesimpulannya, elakkan menggunakan motherboard yang mempunyai kad paparan bina dalam kerana prestasinya amat mengecewakan. Penggunaan kad paparan jenis AGP merupakan tindakan yang baik. Setiap kad paparan AGP mempunyai kapasiti yang berbeza, bermula dengan 32MB sehinggalah mengikut kemampuan kita. Kad paparan berkapasiti 32MB sudah mencukupi untuk pengguna biasa. Tetapi memandangkan harga tidak jauh berbeza diantara 32MB dan 64MB maka lebih pratikal menggunakan kad paparan berkapasiti 64MB.





Modem

Modem merupakan peranti output yang digunakan untuk berkomunikasi dengan komputer lain dengan menggunakan talian telefon. Menurut kamus Fajar Bakti, modem bermaksud:
“Peranti yang boleh menukarkan strim bit digitl menjadi isyarat analog yang sesuai untuk penghantaran ke dalam beberapa saluran komunikasi analog (pemodulat) dan boelh menukar isyarat analog masuk kembali menjadi isyarat digital (penyahmodulat).


Dengan kata lain modem merupakan satu alat komunikasi untuk menukarkan dari bentuk digital kepada analog (dari komputer ke talian telefon) dan menukar balik analog kepada digital ( dari talian telefon ke komputer). Kelajuan paling tinggi bagi analog modem ialah 56Kbps. Perhatikan ‘b’ adalah huruf kecil maka ukuran data komunikasi adalah didalam bentuk bit bukan bait(byte).Tetapi semasa kita membawa turun download fail dari internet, kuran yang digunakan adalah bait (byte). Sekiranya kelajuan semasa membawa trun fail adalah Kbps maka apabila ditukar didalam bentuk bit, nilainya adalah 40Kbps (5x8 bit).
Terdapat empat modem untuk talian analog.
i. Internal modem
ii. External modem
iii. USB modem
iv PCMCIA modemR



Modem jenis internal, external dan USB boleh digunakan pada komputer peribadi manakala modem jenis PCMCIA digunakan pada komputer bimbit (notebook). Pemilihan jenis modem tidak mempengaruhi kelajuan semasa mengakses internet. Terpulang kepada kita untuk memilihnya. Pemasangan internal modem dapat mengurangkan kesesakkan di atas meja manakala pemasangan external modempula boleh digunakan sekiranya kita ingin menggunakan perkhidmatan fax tanpa perlu memastikan komputer dihidupkan. Cukup sekadar memastikan modem dihidupkan, maka external modem dapat menerima dan menyimpannya di dalam memori yang ada padanya.
Sekiranya kita sering bertukar tempat dan bertukar PC, modem jenis USB amat sesuai untuk kita. Ini kerana proses pemasangan amat mudah serta tidak memerlukan unit bekalan kuasa luar seperti external modem. Memilih modem yang murah sudah mencukupi, hanya bertukar kepada modem berjenama apabila talian sering terputus talian semasa sedang menyusuri Internet.



Kad Rangkaian (Network Card)

Network Interface card (NIC) digunakan untuk menyambungkan komputer kepada rangkaian Ethernet. Card ini menyediakan antaramuka kepada media. Ianya dipasang dekat expansion slot di motherboard. Kebanyakan NIC di reka untuk jenis network yang tertentu.


Casing Komputer
Casing hanya merupakan bekas untuk meletakkan perkakasan seperti
motherboard, kad paparan, kad modem dan sebagainya. Terdapat dua jenis casing:
i. Tower – Full tower, Mid tower (medium), Midi Tower dan mini tower
ii. Desktop- Desktop dan slimline
Sebelum memilih casing kita kena tentukan sama ada kita memerlukan ruang yang lebih untuk melakukan peningkatan dimasa akan dating atau tidak. Pemilihan casing jenis Mini tower sudah mencukupi untuk majority pengguna.

No comments:

Post a Comment