Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Featured Posts

Sunday 20 November 2011

BAHAGIAN PENTING PROCESSOR

Processor mempunyai tiga bahagian penting iaitu seperti berikut :
Arithmatics Logical Unit (ALU)
ALU Merupakan pusat dari semua kiraan matematik bertujuan menjalankan segala arahan yang perlu dilaksanakan oleh sesebuah sistem PC.
Control Unit (CU)
CU merupakan bahagian yang mengatur semua laluan data dan kiraan yang dilakukan oleh processor. Dengan adanya unit ini, semua kiraan dan pelaksanaan boleh dilakukan mengikut urutan tanpa masalah tindihan antara satu arahan dengan arahan yang lain.
Memori Unit (MU)
MU
merupakan unit sokongan. Semua arahan yang kerap digunakan oleh processor akan disimpan dalam bahagian ini. Dengan adanya memori unit, processor tidak perlu membawa arahan yang sama kebahagian yang lain. Oleh yang demikian, tempoh yang diperlukan bagi menjalankan arahan-arahan penting boleh dipendekkan atau dijimatkan.
Dalam processor yang moden, memori unit sudahpun berada dalam bahagian tersebut (c0re). Secara umumnya, memori ini disebut sebagai cache memory yang diletakkan pada sebuah processor bagi memastikan kelajuan pelaksanaannya adalah baik.
sumber : synergy media

TAMBAHAN UNTUK CPU


KOMPONEN DALAM CPU

CPU atau (Central Procecing Unit) adalah salah satu komponen mustahak bagi sesebuah komputer anda. Di dalam Sistem unit atau CPU sesebuah komputer itu sendiri terdapat 5 lagi kopenen utama yang menjadi nadi kepada sesebuah komputer kecacatan atau kerosakkan kepada salah satu sistem itu mengakibatkan komputer anda tidak akan berfungsi.100 % . Rangkaian sistem utama dalam sistem unit ialah;
(i) Microprosessor - (brain)
(ii) Ingatan (memory) RAM
(iii) Input/output/I/Q
(v) Storan (disk storage)
(iv) Program

Penjelasan Mikroprosesor
Mikroprosesor merupakan Brain atau otak kepada sesebuah komputer tampanya komputer tidak dapat befungsi segala arahan akan dihantar untuk diproses di dalam mikroprosesor yang kemudianya akan dipapar pada skrin komputer anda. Kepantasan sesebuah komputer melakukan proses bergantung kepada jenis cip microprosesornya.
Misalnya sesebuah komputer peribadi yang mempunyai cip miroprosesor 804386 biasanya mempunyai 4MB RAM dan bagi komputer yang mempunyai cip miroprocecor 8036 ianya mempunyai 2MB RAM. Namun begitu nilai RAM boleh ditambah jika dikehendaki oleh pengguna

Miroprosesor bertugas sebagai ;

(1) Melaksanakan arahan komputer
(2) Melaksanakan arahan-arahan asas:
(a)   tambah tolak
(b)   dharab/bahagi
(c)    operasi logik/operasi pembandingan

Ingatan (Memory/RAM)
Ingatan atau Memory yang lebih dikenali sebagai RAM (Random Acces Memory) merupakan tempat simpanan sementara sesuatu data dalam sistem komputer anda sebelum dipindahkan secara kekal kepada Cekera liat atau cekera liut anda. Walaubagaimana pun terdapat dua jenis ingatan utama iatu RAM dan ROM (penjelasan sila lihat pada tajuk RAM dan ROM)
Jenis – jenis Memori RAM
RAM, sebenarnya jika di ikutkan penambahan RAM tidak lah sukar sepertimana yang kita dengar dari pembekal-pembekal mau pun dari kedai-kedai komputer. Ada beberapa jenis RAM dipasaran ke tika ini. Diantaranya adalah;
SIMM RAM 30 Pins,
SIMM RAM 72 pins,
SIMM RAM 72 pins Parity,
EDO RAM 72 pins,
SDRAM 12ns,
SDRAM 10ns
SDRAM 100Mhz,
SDRAM PC 133Mhz
·       RAM Simm 30 Pins. RAM ini ada dibekal dalam dua jenis. 1 x 1MB dan 1 x 4MB setiap satu keping. Jenis ini hanya digunakan oleh Komputer jenis 286, 386 dan 486 DX2 66Mhz sahaja. Ketika ini agak sukar untuk mendapatkan RAM-RAM dari jenis ini.
·       RAM Simm 72 Pins. RAM jenis masih boleh didapati lagi di pasaran cuma kesesuaiannya sahaja yang susah nak dapat. Kadangkala RAM ini tidak sesuai dengan Papan Induk (M/Board) Siri 486. Dengan itu pembelian terhadap RAM ini hendaklah dilaku dengan bijak. Sebaik-baiknya bawa komputer ini ke Pembekal Berhampiran.
·       RAM EDO 72 Pins. RAM jenis ini kebanyakan digunakan oleh Papan Induk Pentium Siri (Socket 7). Kebanyakkannya bersesuaian. Pengguna 486 DX2- 66 dan ke bawah, tak payah nak cuba memang tak boleh punya. Kalau 486 DX4-100 boleh ler cuba tengok, bergantung pada jenis Papan Induk.
·       SDRAM 12ns, SDRAM 10ns, SDRAM 100Mhz dan SDRAM 133Mhz . RAM-RAM ini kebanyakkan digunakan oleh Papan Induk dari jenis Pentium II atau Celeron. Cuma perbezaan pada kelajuan sahaja. Pentium siri pun boleh menggunakkannya sekiranya terdapat ruang RAM jenis ini.
·       RDRAM RDRAM  keluar di Pasaran. Alat ini keluar apabila Mainboard Socket 423 keluar. Mainboard Socket ini digunakan oleh Pentium 4 1.4Mhz dan Pentium 4 1.5Mhz. RDRAM ni Mahal harganya.. kalau setakat mahal boleh beli tak apa ni tadak dah di pasaran. So pada Mainboard yang telah rosak maka terpaksalah ko orang berhijrah ke Mainboard baru, Processor baru, SDRAM baru.
·       DDRAM. Jenis ini sedang menguasi pasaran. Harganya sekarang sekejab naik sekejab turun. Semua Mainboarc guna DDRAM ni so senanglah nak dapatkannya.
·       Display Card atau pun Graphic Card... Tugas alat ini adalah untuk memberikan mutu gambar terhadap graphic yang tertera di kaca monitor anda.



Input/output
Input dan Output (I/O) merupakan saluran di mana ianya membolehkan data masuk kedalam sistem komputer anda dan data boleh di keluarkan melalui sistem komputer anda ringkasnya adalah seperti dibawah;


Input
Arahan atau data yang diberikan kepada komputer untuk di laksanakan. Komputer tidak dapat melaksanakan sesuatu tugasan dengan baik sekiranya terdapat kekurangan pada arahan atau data tersebut. Alat alat Input adalah seperti;
i) Keyboard
ii) Mouse
iii) Paddle
v) Joystick
vi) Digitiser
iv) Trackball


Output
Output ialah keputusan pemprosesan yang dihasilkan oleh komputer anda. Ianya boleh dilihat pada skrin komputer anda atau dicetak terus pada ketas cetak. alat-alat autput adalah seperti :

I) VDU (Vidsual Display Unit)
ii) Mesin pencetak
iii) Plotter

Storan Data ( Hard Disk)

Cakera keras adalah peranti jenis medium rakaman bermagnet yang terdiri daripada substrat aluminium yang diselaouti dan dilapisi biasanya dikedua-kedua belah dengan banhan bermagnet. Pemilihan cakera keras yang laju boleh mempengaruhi prestasi komputer. Cakera keras yang diplih mesti menyokong UDMA (ultra direct memory access) dan kelajuan pusingan sekurang-kurangnya 5400rpm. Sekiranya mampi kita boleh memilih cakera keras berkelajuan 7200rpm. Cakera keras merupakan storan skunder yang boleh menyimpan data, mengeluarkan data dan perisian dengan pantas jika dibandingkan dengan storan skunder yang lain seperti pita magnetic, cakera liut dan storan optic.

semasa pemasangan cakera keras, pastikan kita menggunakan kabel rata (flat cable) yang mempunyai 80 wayar. Sekiranya kita menggunakan kabel rata 40 wayar maka kadar maksima penghantaran data akan turun dari 133MB/s kepada 66MB/s.
Selain cakera jenis sambungan IDE (Intregrated Drive Electronics) terdapat sejenis lagi cakera keras yang dikenali sebagai SCSI (Small Computer System Interface) atau disebut ‘scuzzy’. Cakerakeras jenis ini sangat laju dan hanya sesuai diguanakan pada server kerana harganya agak mahal.
Storan atau disk storage merupakan tempat penyimpan maklumat atau data- data dengan banyak . Ianya mudah di panggil semula pada bila-bila masa diperlukan . Media storan diperlukan memandangkan simpana data didalam RAM adalah bersifat sementara. Media storan ialah seperti
i) Hard Disk
ii) Magnetic floppy disket
iii) Magnetic tape
v) Laser disket


Program (Perisian)
Program merupakan Software atau arahan komputer anda yang lebih dikenali sebagai program Aplikasi merupakan kopenen mustahak dalan menentukan pengoperasian sesebuah komputer . Tampa program aplikasi komputer anda tidak bemakna dan dapat berfungsi . Di antara proram-program aplikasi yang popoler seperti. Wordperfect, Profesional write. Woard Star Window dan beribu-ribu lagi yang berada dipasaran. Anda bolehlan memilih program aplikasi ini mengikut keperluan anda.
Papan Kekunci ( Keyboard)
Papan kekunci adalah suatu tatasusunan kekunci yang boleh berupa butang berkapsen atau kawasan bertanda pada suatu satah, dengan setiap kunci boleh menyebabkan tindakan atau isyarat diskret apabila ditekan dengan jari. Papan kekunci digunakan sebagai peranti input. Terdapat berbagai bentuk dan fungsi papan kekunci ada dipasaran sekarang. Papan kekunci jenis 104 keys berharga RM 18 sudah mencukupi untuk kegunaan biasa. Papan kekunci yang mahal mempunyai fungsi tambahan seperti butang multimedia, butang Internet, speaker dan sebagainya.

Tetikus ( Mouse )
Peranti penunjuk yang digerakkan oleh tangan dikeliling permukaan rata, gerakan di atas permukaan dikomunikasikan kepada komputer dan menyebabkan gerakan sepadan kursor di atas paparan. Tetikus merupakan peranti input untuk memudahkan kita menggunakan perisian berlandaskan tetingkap. Seperti juga papan kekunci, tetikus juga mempunyai berbagai bentuk dan fungsi tambahan. Untuk kebanyakkan pengguna, tetikus berharga RM 8 sudah mencukupi.

Perkakasan Komputer ( Computer Hardware )


Papan Induk (Motherboard)

Motherboard merupakan papan litar utama untuk semua perkakasan bertemu, disini perkakasan seperti memori RAM, kad paparan, kad modem, cakera keras, pemacu cakera liut, pemacu CDROM, papan kekunci, tetikus, monitor dan sebagainya. Pemilihan motherboard perlu sesuai dengan CPU yang digunakan. Ini kerana kelajuan External BUS CPU mesti sama dengan kelajuan External Buyang disokong oleh motherboard. Pengeluar motherboard utama adalah gigabyte., Abit, AOpen dan asustek.

Dari segi prestasi setiap motherboard agak sukar ditentukan yang mana lebih baik. Yang penting kita kena pastikan setiap motherboar menyokong UDMA 133 untuk cakera keras dan menyokong memori dari jenis DDE berkelajuan 400MHz atau sekurang-kurangnya berkelajuan 333 Mhz. pangkalan (port) seperti serial, parallel, USB, PCI, AGP dan sebagainya merupakan standard yang memang sedia ada pada setiap motherboard. Perbezaan yang ketara adalah harga motherboard setiap pengeluar. Selalunya motherboard yang mempunyai chipset jenama Intel agak mahal berbanding dengan motherboard Via, Ali dan sebaginya. Chipset merupakan micro processor yang mengawal hala tuju data, CPU hanya tahi memproses data mengikut arahan tetapi dari CPU hendak ke memori, kad paparan, komunikasi siri, komunikasi selari dan sebaginya memerlukan chipset untuk menentukan hala tuju. Lebih kurang macam polis trafik mengwal lalulintas jalan.

Power Supply

Ibarat sebuah kerata yang  tidak boleh berjalan jika tidak memiliki bahan bakar, maka sebuah komputer pun tidak akan boleh berfungsi  jika tidak memiliki power supply atau PSU (Power Supply Unit) ini. Power supply adalah sebuah komponen komputer yang berfungsi untuk mensuplai arus elektrik ke komponen-komponen komputer lainnya seperti motherboard, hard disk, optical disk drive, dan lain sebagainya.

Pemacu CD/ DVD ( CD-ROM, DVD-ROM)

Pemacu CDROM dari storan skunder berasaskan storan optic. Di pasaran
sekarang, terdapat 4 jenis pemacu CDROM yang popular;
i. Pemacu CDROM yang hanya boleh membaca cakera CD-ROM
ii. Pemacu CDROM CD-RW – CDROM jenis ini boleh membaca dan merakam. Sekiranya menggunakan cakera jenis CD-R iaitu cakera yang hanya boleh ditulis sekali sahaja maka pemacu CDROM CDRW hanya boleh menyimpan data tetapi tidak boleh mengubah data tersebut. Ia sesuai untuk menyimoan data yang kekal seperti multimedia dan arkib. Sekiranya menggunakan cakera dari jenis CDRW, maka data tersebut boleh disimpan serta boleh di buat perubahan seperti cakera keras pada kelajuan perlahan.
iii. Pemacu DVD (Digital Video Disk) kini amat popular kerana keupayaannya membaca cakera DVD berkapasiti 17GB berbanding dengan cakera CD-ROM hanya sekitar 704MB. Pemacu DVD boleh membacca cakera jenis CD-ROM biasa dan CD-RW dan DVD.
iv. DVD-RAM
Diantara keempat jenis pemacu CDROM tadi, pemacu CDROM CDRW merupakan satu pembelian yang bijak kerana data dan aplikasi boleh disimpan sekiranya kita menggunakan cakera CD-R atau CD-RW.


Pemacu Disket (Floppy Disk)

Pemacu cakera liut adalah peranti yang menerima cakera magnet, iaitu cakera liut, dan mambca atau menulis corak magnet yang sepadan dengan data yang hendak didapatkan kembali atai disimpan. Pemacu cakera liut tidak dipengaruhi prestasi terhadap komputer. Harga sekitar RM25 sehingga RM35. Kapasiti formatting 1.44MB

Kad Paparan (Graphic Card)
Kad paparan dipasang pada komputer dislot yang ada pada papan induk (motherboard) atau terbina dalam. Merupakan peranti yang akan disambung kepada peranti output seperti monitor dan adalah diantara komponen yang penting menentukan prestasi sesuatu komputer. Tanpanya proses boot-up akan berhenti dan speaker akan berbunyi menunjukkan kad paparan tidak dijumpai. Terdapat empat jenis kad paparan dipasaran:
i. ISA – beroperasi dalam 16 bit. Hanya sesuai untuk sistem 80286 sehingga 80486
ii. PCI – beroperasi dalam 32 dan 64 bit. Kad paparan jenis PCI 64 bit sering terdapat
pada pelayan. Kebanyakkan sistem komputer peribadi hanya menyokong PCI 32 bit
iii AGP – beroperasi dalam 32 bit tetapi mempunyai sistem bus 66MHz berbanding
dengan PCI yang mempunyai sistem bus 33MHz.
iv. Bina dalam (Built-in) – kebanyakkan motherboard sekarang mempunyai kad
paparan bina dalam. Motherboard jenis ini murah sebab tidak perlu menyediakan slot AGP. Dari segi prestasi, kad paparan bina dalam tidak dapat menandingi kepantasan kad jenis AGP. Terdapat dua jenis kad paparan bina dalam.


Kesimpulannya, elakkan menggunakan motherboard yang mempunyai kad paparan bina dalam kerana prestasinya amat mengecewakan. Penggunaan kad paparan jenis AGP merupakan tindakan yang baik. Setiap kad paparan AGP mempunyai kapasiti yang berbeza, bermula dengan 32MB sehinggalah mengikut kemampuan kita. Kad paparan berkapasiti 32MB sudah mencukupi untuk pengguna biasa. Tetapi memandangkan harga tidak jauh berbeza diantara 32MB dan 64MB maka lebih pratikal menggunakan kad paparan berkapasiti 64MB.





Modem

Modem merupakan peranti output yang digunakan untuk berkomunikasi dengan komputer lain dengan menggunakan talian telefon. Menurut kamus Fajar Bakti, modem bermaksud:
“Peranti yang boleh menukarkan strim bit digitl menjadi isyarat analog yang sesuai untuk penghantaran ke dalam beberapa saluran komunikasi analog (pemodulat) dan boelh menukar isyarat analog masuk kembali menjadi isyarat digital (penyahmodulat).


Dengan kata lain modem merupakan satu alat komunikasi untuk menukarkan dari bentuk digital kepada analog (dari komputer ke talian telefon) dan menukar balik analog kepada digital ( dari talian telefon ke komputer). Kelajuan paling tinggi bagi analog modem ialah 56Kbps. Perhatikan ‘b’ adalah huruf kecil maka ukuran data komunikasi adalah didalam bentuk bit bukan bait(byte).Tetapi semasa kita membawa turun download fail dari internet, kuran yang digunakan adalah bait (byte). Sekiranya kelajuan semasa membawa trun fail adalah Kbps maka apabila ditukar didalam bentuk bit, nilainya adalah 40Kbps (5x8 bit).
Terdapat empat modem untuk talian analog.
i. Internal modem
ii. External modem
iii. USB modem
iv PCMCIA modemR



Modem jenis internal, external dan USB boleh digunakan pada komputer peribadi manakala modem jenis PCMCIA digunakan pada komputer bimbit (notebook). Pemilihan jenis modem tidak mempengaruhi kelajuan semasa mengakses internet. Terpulang kepada kita untuk memilihnya. Pemasangan internal modem dapat mengurangkan kesesakkan di atas meja manakala pemasangan external modempula boleh digunakan sekiranya kita ingin menggunakan perkhidmatan fax tanpa perlu memastikan komputer dihidupkan. Cukup sekadar memastikan modem dihidupkan, maka external modem dapat menerima dan menyimpannya di dalam memori yang ada padanya.
Sekiranya kita sering bertukar tempat dan bertukar PC, modem jenis USB amat sesuai untuk kita. Ini kerana proses pemasangan amat mudah serta tidak memerlukan unit bekalan kuasa luar seperti external modem. Memilih modem yang murah sudah mencukupi, hanya bertukar kepada modem berjenama apabila talian sering terputus talian semasa sedang menyusuri Internet.



Kad Rangkaian (Network Card)

Network Interface card (NIC) digunakan untuk menyambungkan komputer kepada rangkaian Ethernet. Card ini menyediakan antaramuka kepada media. Ianya dipasang dekat expansion slot di motherboard. Kebanyakan NIC di reka untuk jenis network yang tertentu.


Casing Komputer
Casing hanya merupakan bekas untuk meletakkan perkakasan seperti
motherboard, kad paparan, kad modem dan sebagainya. Terdapat dua jenis casing:
i. Tower – Full tower, Mid tower (medium), Midi Tower dan mini tower
ii. Desktop- Desktop dan slimline
Sebelum memilih casing kita kena tentukan sama ada kita memerlukan ruang yang lebih untuk melakukan peningkatan dimasa akan dating atau tidak. Pemilihan casing jenis Mini tower sudah mencukupi untuk majority pengguna.

Bahasa Pengaturcaraan - Programming Language


o   Skima pengkodan yang digunakan untuk menulis perisian sistem dan perisian aplikasi.

o   Bahasa pengaturcaraan adalah arahan yang digunakan untuk membentuk arahan-arahan didalam sistem komputer.

     Evoluation of programming language
    
     1st  GL
     Machine language
  • Bahasa pengaturcaraan generasi pertama. Menggunakan bahasa paras bawah kerana ianya melibatkan skima pengkodan asas yang menggunakan binari 0 dan 1.
·        Bermula dari 1940an ia merupakan peringkat asas bagi bahasa pengaturcaraan.
·        Aturcara digubah menggunakan kod asas dua (binary kod) yang unik bagi setiap jenis komputer. Memerlukan pengaturcara menetapkan lokasi  storan bagi setiap arahan.
  • Susah untuk digunakan dan senang melakukan kesilapan.


     2nd GL
     Assembly language
  • Bahasa generasi kedua yang mengantikan digit binari dengan simbol-simbol aturcara yang lebih mudah difahami.

  • Bermula sejak awal 1950an ia dibangunkan untuk mengurangkan kesulitan menulis bahasa mesin.

  • Memerlukan penterjemah bahasa atau dikenali sebagai penghimpun (assembler) yang membenarkan komputer menukarkan arahan-arahan ke bahasa mesin.

  • Masih digunakan oleh pengaturcara sistem kerana ia memberi kawalan yang luas dan keanjalan dalam mereka aturcara komputer.

  • Aturcara perisian sistem seperti OS dan program utiliti biasanya ditulis menggunakan bahasa ini.


     3rd GL

·        Bermula sejak pertengahan 1950an.
·        Arahan-arahan dalam bentuk penyataan dan merupakan pengaturcaraan berstruktur..
·        Mudah dipelajari berbanding denghan Bahasa Mesin dan bahasa penghimpun.
·        Kurang efisien berbanding dengan Bahas penghimpun dan memerlukan lebih masa untuk menterjemahkan aturcara ke arahan mesin.
·        Contoh:
FORTRAN (FORmula TRANslator) dan BASIC (Beginners All-purpose Symbolic Instruction Code) - popular bagi aplikasi yang berkaitan dengan penyelesaian masalah matematik, saintifik, dan kejuruteraan.

COBOL (COmmon Business Oriented Language) – bagi tujuan pemprosesan data khususnya dalkam bidang perniagaan dan perdagangan.

C++ dan Pascal – bahasa pengaturcaraan umum dan sesuai untuk membangunkan kebanyakan aplikasi.

Prolog dan LISP – digunkan dalam aplikasi kepintaran buatan.


     4th GL
  • Bahasa yang kurang prosedur dan lebih kepada English berbanding dengan bahasa generasi ketiga

·        Sejak akhir 1970an.
·        Hanya memerlukan pengaturcara menyatakan (specify) hasil yang dikehendaki dan bukan cara bagaimana untuk melakukannya; dikenali sebagai bahasa non-procedural.
·        Contoh: SQL (Structured Query Language.) dan Natural Language (aplikasi kepintaran buatan). VBASIC dan OOP.
·        Baik untuk aplikasi perniagaan yang tidak memerlukan volum pemprosesan transaksi yang tinggi.

Query Languages

  • Digunakan untuk menanya komputer dalam English juga dikenali sebagai bahasa pangkalan data



Structured Query Language (SQL)

  • Bahasa piawai yang selalu digunakan untuk laksanakan pertanyaan pangkalan data dan manipulasi.


     Object-Oriented Programming Languages
  • Bahasa yang membenarkan interaksi objek-objek aturcara termasuk elemen data dan arahan-arahan yang akan dilaksanakan.
  • Proses mengabungkan item-item kepada satu objek (encapsulation).


Polymorphism
Satu proses yang membenarkan juru aturcara membangunkan set aktiviti yang akan beroperasi pada multi-objek.


Inheritance
·        “Property” yang digunakan untuk mengambarkan objek dalam kumpulan yang mengambil ciri-ciri objek lain dalam kumpulan yang sama
·        Reusable Code
·        Arahan kos objek yang boleh digunakan semula dalam aturcara yang berbeza untuk pelbagai aplikasi
·        Dalam OOP, objek memberi arahan kepada objek lain untuk menjalankan tugas.
·        Objek boleh digunapakai (diguna semula) “reusable”
·        Memudahkan dan meningkat efisiensi bagi pengaturcaraan antaramuka  pengguna berdasarkan grafik.
·        Kebanyakkan pakej pengaturcaraan berdasarkan objek (OOP) menyokong pengaturcaraan visual (visual programming).
·        Contoh Object Oriented Languages
·        Small Talk
·        C++
Java



Visual Programming Languages
  • Bahasa yang menggunakan tetikus, icon-icon dan simbol-simbol pada skreen untuk membangunkan aturcara


     5th GL
  • Mengabungkan generasi kod berasaskan petua, pengurusan komponen, teknik pemprograman visual dan pengurusan guna semula (reuse).
  • Knowledge-based management (Pengurusan berasaskan pengetahuan)

·        Satu pendekatan untuk pembangunan komputer yang mana kita tidak perlu bagitahu komputer bagaimana melakukan suatu kerja tetapi apa yag kita mahu komputer lakukan.

Language translator

Penterjemah
  • Perisian sistem yang menukar kos aturcara kedalam bahasa mesin.

·        Source code
    • Kod program paras tinggi yang ditulis oleh programmer.

·        Object code
    • Nama lain bagi bahasa mesin.

Interpreter
  • sejenis pengompil yang menterjemah dan melaksanakan setiap penyataan dalam aturcara pada satu-satu masa.

Compiler
  • Penterjemah yang menukar program lengkap ke dalam bahasa mesin untuk mengeluarkan program yang komputer boleh proses secara keseluruhannya.