Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Sunday 20 November 2011

ORGANISASI KOMPUTER

Komputer berfungsi sebagai satu sistem. Ia mengandungi beberapa komponen untuk menerima tugas yang diagihkan. Ini bermakna setiap komponen dalam atau luar tahu peranan masing-masing dan mengerjakan hanya apa yang disuruh.
Tugas utama komputer ialah menyelesai sesuatu masalah yang logik
kepadanya. Komputer mewujudkan satu sistem untuk menghadapi setiap masalah
yang diberi supaya ia dapat diselesaikan dengan jayanya. Sistem ini berasaskan
organisasi komputer, input, pemperosesan, ingatan, dan output. Sema tugas
diagihkan kepada unit-unit tertentu. Setiap unit faham dengan peranan masing-
masing dan sentiasa berdedikasi untuk melaksanakan tugas yang diberi.
Input ialah cara komputer mengendali penerimaan maklumat. Terdapat dua
jenis maklumat iaitu arahan dan data. Arahan memberitahu komputer perkara
yang perlu dilakukan terhadap satu kumpulan data. Cara input yang paling biasa
ialah dengan menaip kunci pada papan kunci komputer. Kita juga boleh
menggunakan joystick, paddle, mouse, kad tebuk, telefon dan pen cahaya dengan
menyentuh pada skrin monitor komputer.
Pemprosesan merupakan tugas utama bagi sesebuah komputer, meliputi
pengawalan semua operasi komputer, pengiraan, perbandingan logik dan
kekerapan merujuk untuk mencapai maksud arahan. Unit Pemprosesan Pusat
(center processing unit, CPU) bertanggungjawab terhadap mengawal keseluruhan
tugas pelaksanaan oleh setiap komponen komputer. CPU mengandungi dua
komponen utama iaitu unit kawalan dan unit aritmetik/logik.
Komputer menpunyai ingatan supaya boleh mengingati kembali segala tugas yang
telah dilakukan. Alat untuk menyimpan ingatan dipanggil storan. Ingatan pada
komputer disimpan melalui dua cara, iaitu dalam dan luar komputer. Ingatan
dalam ialah ingatan utama atau storan dalam. Sementara ingatan luar disimpan
sebagai storan skunder kerana ia melibatkan alat periferial luar. Kedua-dua storan
ini membolehkan kita menyimpan ingatan sama ada kekal atau sementara.
Dua jenis ingatan utama pada mikrokomputer iaitu RAM (Random Access Memory)
dan ROM (Read Only Memory). Ingatan utama adalah lebih mahal kosnya
berbanding storan skunder. Contoh storan skunder yang sering digunakan seperti
cakera liut, cakera padat, pita magnetik dan kaset.
Output merupakan cara komputer memberitahu keputusan pemprosesan untuk tindakan selanjutnya. Contoh-contoh alat output seperti moniter, alat paparan video, pencetak, pemplot, telefon dan pembesar suara.

No comments:

Post a Comment