Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Sunday 20 November 2011

PERISIAN SISTEM

PERISIAN SISTEM-System Software
Himpunan aturcara yang direka bentuk untuk  mengkoordianasikan aktiviti dan fungsi-fungsi perkakasan dan aturcara menerusi sistem komputer.
Perisian sistem mengandungi atucara-aturcara yang mengurus dan menyokong sistem komputer dan aktiviti-aktiviti pemprosesan maklumat.

FUNGSI
  •       Mengawal operasi perkakasan komputer.
  •     Menyokong aturcara aplikasi. 
 
Perisian sistem terbahagi kepada dua kategori iaitu:

                    i.            Aturcara pengurusan sistem (System management programs)
Aturcara yang mengurus perkakasan, perisian, rangkaian, dan sumber maklumat sistem komputer semasa pemprosesan maklumat.

Contoh: Sistem pengoperasian, aturcara pengurusan rangkaian, sistem pengurusan pangkalan data, dan sistem utiliti.

                  ii.            Aturcara pembangunan sistem (System development programs)
Aturcara yang membantu pembangunan aturcara dan prosedur sistem maklumat dan pemprosesan komputer.

Contoh: Penterjemah (translator) dan “editor” bahasa pengaturcaraan, alatan-alatan pengaturcaraan, dan pakej CASE (Computer-Aided Software Engineering).




SISTEM PERNGOPERASIAN


Sistem Pengoperasian merupakan perisian sistem yang terpenting bagi setiap komputer. OS adalah satu atau lebih aturcara yang mengurus operasi CPU, mengawal input/output dan sumber storan dan aktiviti komputer serta pelbagai servis sokongan seperti pengurusan memori, ruang cakera dan lain-lain.

Tujuan utama OS ialah untuk memaksimakan produktiviti sistem komputer dengan pengoperasian yang efisyen. OS adalah komponen penting sebagai antaramuka sistem di antara pengguna dan perkakasan komputer.
    
Fungsi sistem pengoperasian
Melaksanakan fungsi-fungsi perkakasan komputer seperti menerima, menyimpan mendapat data dan memaparkan maklumat

Menyediakan Antaramuka pengguna (User interface)
·        membenarkan pengguna mencapai dan mengarah system komputer
·        terdapat 3 jenis antaramuka pengguna.
-         Pacuan perintah (command-based user interface)
Memerlukan arahan dalam bentuk teks..
-         Pacuan menu  (Menu driven)
-         Antaramuka unit grafik (graphical user interface - GUI)
Kombinasi ikon dan menu untuk menerima dan melaksanakan arahan.

     Menyediakan Darjah Kebebasan Perkakasan
·        OS menjadi perantara antara perisian aplikasi dan perkakasan. 
·        Bila perkakasan ditukar, perubahan minimum sahaja atau tanpa perubahan pada perisian aplikasi.

     Pengurusan Memori
·        Tujuan – Untuk mengawal bagaimana memori dicapai dan memaksimumkan memori yang adan dan storan.

     Virtual memory (memori maya)
·        Memori yang menggunakan ruang dalam cakera keras yang bertindak sebagaimana memori utama (RAM).
·        Pemprosesan aturcara dapat diuruskan dengan lebih cekap.
·        Bekerja dengan bahagian-bahagian program antara memori dengan peranti cakera. Konsep ini dinamakan sebagai paging
 
Pemprosesan tugas
·        Diselesaikan oleh ciri-ciri pengurusan tugas dalam OS
·        Membenarkan multitasking, time sharing, dan scalability



Multitasking.
·        Beberapa tugas (aturcara atau perisian) dapat dilaksanakan secara serentak.
·        Contoh: pengunaan pemprosesan perkataan dan perisian pangkalan data pada masa yang sama.
    
Time-sharing

·        Membenarkan lebih dari satu pengguna menggunakan sistem komputer pada masa yang sama.
·        Contoh: Pengunaan terminal di kauter-kaunter bank oleh beberapa juruwang secara serentak.

Multiprocessing
·        Penggunaan atau pemprosesan satu aturcara secara serentak oleh beberapa unit CPU.


Multithreading
·       Memproses aktiviti pada asas yang sama dengan multitasking tetapi pada aplikasi tunggal.


Scalability
·        Keupayaan komputer mengendalikan dan meningkatkan jumlah pengguna dengan licin
·        Ciri kritikal untuk kerangka utama dan juga pelayan web yang mengendalikan ramai pengguna
    
Network capability
·        Alatan digunakan untuk hubungkan dengan rangkaian

     Capaian kepada sumber sistem
·        Menyediakan keselamatan kepada pengguna yang tidak dibenarkan.

     Pengurusan fail
·        Memastikan fail-fail dalam storan sekunder tersedia bila diperlukan dan melindungi daripada pengguna yang tidak dibenarkan mencapainya.

1 comment:

lalisapagination said...

Play at the Best Slots Sites - CasinoRating.com
The best casino sites online. Best welcome bonus. 딥 슬롯 트위터 Exclusive bonuses & promotions. betting Play 벳 365 우회 접속 at 비트코인갤러리 slots and casino games for fun or 슬롯 가입 쿠폰 for real money.

Post a Comment