Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Sunday 20 November 2011

APA ITU PERISIAN?


PERISIAN-SOFTWARE

Perisian adalah arahan-arahan lengkap dalam bentuk aturcara dan prosedur yang mengawal, mengurus dan menyokong sistem komputer serta aktiviti-aktiviti pemprosesan maklumat.Selain itu perisian juga ialah aturcara komputer yang mentadbir operasi sesuatu komputer.



FUNGSI PERISIAN

Fungsi yang paling kritikal adalah bekerja terus dengan perkakasan.

·       Mengurus sumber-sumber komputer
·       Menyediakan alatan untuk membolehkan sumber-sumber digunakan
·       Bertindak sebagai perantara di antara pengguna dan maklumat yang tersimpan di dalam komputer.






JENIS_JENIS PERISIAN

Perisian komputer terbahagi kepada dua jenis iaitu:

  • Perisian sistem
Aturcara yang mengurus dan menyokong sumber, operasi sistem dan rangkaian komputer. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu aturcara sistem pengurusan  (system management programs) dan aturcara sistem pembangunan (system development programs).

  • Perisian aplikasi
Aturcara yang mengenalpasti aktiviti pemprosesan untuk menyelesaikan tugas-tugas atau masalah-masalah tertentu. Antara contoh-contoh perisian aplikasi adalah hamparan elektronik (electronic spreadsheet), dan pemproses perkataan (word processing). Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu “general purpose application programs” dan “application-specific rograms”.




1 comment:

Unknown said...

terimakasih banyakkk admin , sangat membantu sayaa dalam study bab perisian ..

Post a Comment