Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Sunday 20 November 2011

KOMPONEN UTAMA

Monitor
 
Monitor merupakan peranti output yang digunakan sebagai output untuk melihat
imej. Terdapat dua jenis monitor dipasaran sekarang.
i.Tiub sinar katod ( cathode ray tube) – Menggunakan teknologi yang sama seperti televisyen tetapi menggunakan isyarat digital. Ia menggunakan tiub vakum sebagai skrin paparan pada komputer.
 
ii.Paparan panel rata merupakan produk yang lebih ringan, nipis dan kurang menggunakan kuasa berbanding dengan CRT.Walaubagimanapun harganya agak mahal berbanding dengan CRT. 
 
Terdapat berbagai saiz monitor dipasaran dianata yang sering digunakan adalah bersaiz 14” dan 15’. Harganya monitor besaiz 15” sekitar RM300 manakala harga monitor bersaiz 17” pula sekitar RM500. 
Selain dari fizikal monitor perlu besar, resolusi pada monitor perlu diambil kira untuk mendapatkan paparan yang memuaskan. Resolusi selalunya dikaitkan dengan saiz pixel. Semakin pixel kecil semakin bagus kualiti paparan. Saiz pixel menggunakan ukuran (millimeter). Pixel bersaiz 0.18mm lebih baik dari pixel bersaiz 0.122mm. Tetapi memandangakan harga monitor untuk pixel bersaiz 0.18mm agak maha harganya, maka saiz pixel bersaiz 0.22mm sudah mencukupi. Sekiranya masih tidak mampu, saiz pixel bersaiz 0.28mm boleh digunakan untuk kerja-kerja yang tiodak memerlukan ketelitian dari segi kualiti paparan. Ada juga monitor mempunyai pixel bersaiz 0.31mm, monitor ini agak kelabu (blur) paparannya.
 
 
 
Sistem Unit ( CPU )
 
CPU (Central Processor Unit) atau Unit Pemprosesan Pusat merupakan komponen utama yang mempengaruhi kelajuan memproses data. CPU boleh dianggap sebagai otak kepada keseluruhan sistem komputer. Di sinilah semua data mentah akan diproses menjadi maklumat yang dikehendaki dalam komputer. Kelajuan CPU dipengaruhi oleh tiga faktor utama:
       1.Kelajuan dalaman (Internal Bus) atau dalam bahasa pasar dikenali sebagai CPU speed. Kelajuan 1GHz, 2GHz dan sebagainya merujuk kepada kelajuan dalaman. Semakin tinggi maka semakin lajulah data tersebut diproses
 
   2. Kelajuan luaran (External Bus) atau dikenali sebagai Bas Luaran merupakan
kelajuan diluar CPU tersebut dan mesti disokong dengan kelajuan motherboard
 

Ia juga dikenali sebagai Front Bas. Sekiranya Bas Luaran untuk CPU tersebut adalah 400MHz maka motherboard mesti mempunyai kelajuan BAS yang sama. Bas luaran berbeza diantara CPU yang berlainan. Semakin tinggi kelajuan luaran maka prestasi komputer meningkat. Internal Bus boleh diibaratkan seperti highway 10 lorong, manakala External Bus pula adalah jalan susur keluar highway yang hanya mempunyai 2 lorong. Walau besar atau lajunya sesuatu kereta di highway, bila tiba susur keluar kereta tersebut perlu perlahan. Bayangkan sekiranya lorong susur hanya satu lorong, maka kesesakkan akan berlaku bukan sahaja dilorong susur keluar malah akan menyebabkan highway yang besar akan mengalami kesesakkan. Jadi adalah perlu mempunyai External Bus yang besar untuk memastikan tidak berlaku kesesakkan. Dari jadual 1, kita dapati Pentium IV mempunyai kelajuan External Bus yang paling tinggi iaitu 400MHz sehingga 533MHz. Jadi tentulah CPU Pentium IV menjadi pilihan yang tepat untuk pengguna yang mementingkan kelajuan.

 
Papan Kekunci ( Keyboard )
 
Papan kekunci adalah suatu tatasusunan kekunci yang boleh berupa butang berkapsen atau kawasan bertanda pada suatu satah, dengan setiap kunci boleh menyebabkan tindakan atau isyarat diskret apabila ditekan dengan jari. Papan kekunci digunakan sebagai peranti input. Terdapat berbagai bentuk dan fungsi papan kekunci ada dipasaran sekarang. Papan kekunci jenis 104 keys berharga RM 18 sudah mencukupi untuk kegunaan biasa. Papan kekunci yang mahal mempunyai fungsi tambahan seperti butang multimedia, butang Internet, speaker dan sebagainya
 
 
Tetikus ( Mouse )
 
Peranti penunjuk yang digerakkan oleh tangan dikeliling permukaan rata, gerakan di atas permukaan dikomunikasikan kepada komputer dan menyebabkan gerakan sepadan kursor di atas paparan. Tetikus merupakan peranti input untuk memudahkan kita menggunakan perisian berlandaskan tetingkap. Seperti juga papan kekunci, tetikus juga mempunyai berbagai bentuk dan fungsi tambahan. Untuk kebanyakkan pengguna, tetikus berharga RM 8 sudah mencukupi.

 

No comments:

Post a Comment